Skip to content

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

October 15, 2010

Belakangan ini, banyak termenung. Bukan kerana lebih masa untuk diluangkan (jika ada cara ingin saja satu hari itu ditambah lagi 12 jam atau mudah diri hilang letih hanya tidur satu jam) tapi kerana mencanda pemikiran tentang masa hadapan. Benar kata orang-orang yang lebih dewasa – jika terlalu awal berlari deras, besar kemungkinan untuk tercungap kepenatan.

Luarannya, mungkin kelihatan seperti pasti arah tuju. Pasti dengan kebolehan diri. Pasti dengan cerah masa hadapan. Lakonan sahaja, biar tertipu hati diri sendiri dan mereka yang memerhati. Jiwa pelakon dibentuk punya bahagian, berkat tunjuk ajar tuan pengarah, supaya bila dipentas tatkala diadili – perlakuan, pertuturan dan perbuatan nampak asli. Biar golak di jiwa, biar robek di hati, biar hujan di kalbu – jangan sesekali tercerna semuanya tatkala di tengah pentas dunia.

Tajuk diatas merupakan buah kata yang kerap kedengaran belakangan ini, kadang kala punca suara hati sendiri. Datang dari Kalam suci, diterapkan dia yang melahirkan dan dilihat dengan mata hati. Aku percaya pada susunan kata, maksud tersurat dan maksud tersiratnya. Usaha dan dan aspirasi diri tertumpu kepada itu, kerana lumrah lelaki hanya mahu yang terbaik – kerana dia sultan yang perlu permaisuri melengkapi kerajaannya.

Tapi, persoalan yang berlegar tika ini – cukup baik lelaki ini untuk perempuan baik itu?

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: