Skip to content

Semalaman malam.Aku mohon maaf.

August 24, 2010

Belakangan ini, mungkin rupaku tidak indah. Kataku kasar. Hatiku hitam. Dan terutama anggotaku jijik. Aku pohon maaf padamu. Setiap malam yang sebelumnya, tidak pernah kurang rasa ralat, bahawa aku telah songsang dari budi pekerti yang kau harap padaku.

Semalaman malam, ku cuba ubah persepsi matiku ini, kerana sungguh, sungguh, aku tidak ingin kehilanganmu. Aku cuba memberi pengertian dalam perbuatanku. Aku cuba menyampaikan rasa sangsiku pada syaitan manusia itu. Ketakutan, ketidakpercayaan ini bukan bercambah dari dirimu yang ku anggap suci dan agung – tidak. Ia hasil hina perasaan dan pemikiranku dari observasi sumbang orang itu.

Sungguh, aku takut. Tidak dapat ku terangkan mengapa secara tiba-tiba, muncul rasa ini. Aku jadi rimas dan kalut melihat permainan kata antara kau dan mereka yang tak berdosa – meskipun rasa ini sebenarnya khas dan hanya kerana dia. Dia yang aku anggap dalam kesumat sedang gelak tawa galak membodohkan hati aku. Sedikit-sedikit melempar jarum masuk dalam salur vena ku mengalir hingga ke hati buat darahku mengalir sakit berdenyut-denyut.

Gadis, aku sedang cuba mengawal roh hitamku ini. Supaya keluar hanya bila diseru tatkala dia lebih batasan yang ghaib tapi pasti. Tiba masa itu, mungkin dia tahu yang aku bukan orang biasa-biasa bila diganggu keamanan jiwa. Biar, jika darah mengalir, maruah kemik, aku dapat tunjukkan padanya perbuatan dia itu tidak harus galak dan faham beza batas.

Peluk aku, berikan aku kekuatan bak arwen ratu pari-pari tercantik sekelian middle-earth, tenangkan jiwa berontak aku yang bagai kuda gila berpenyakit. Bukan tugasmu, aku faham berkenaan hak, tapi keperluanku yang aku minta belas.

Aku pohon maaf padamu, kerana tatkala ini aku bukan yang terbaik. Cuma tatkala ini, aku pasti dan yakin.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: