Skip to content

Terima kasih.

August 20, 2010

Terima kasih.

Terima kasih kerana tak percaya lagi. Terima kasih kerana berjaya menunjukkan betapa usaha itu dangkal dibalas atas nilainya. Terima kasih kerana akhirnya bebas menjadi matlamat utama. Setelah sekian lama, perkara yang kuletak teratas kau tarik balik. Sejuta maaf perlu aku bertanya, adakah kau masih milikku?

Maaf kerana aku seorang yang menyekat bebasmu. Bebasmu mahal buat hati ini. Ia melanggar perspektif perhubungan abadi yang kurancang dan belai. Maaf juga kerana ada perbuatanku songsang dengan kata janji aku. Jangan risau, semua ini masih lagi salah aku.

Aku tidak berputus asa kali ini. Dan juga mungkin seterusnya. Dan seterusnya. Namun apabila nafasku mula pendek kelak, harapanku usaha yang terus dan seterusnya akan difahami dan tidak dicaci. Aku harap kebaikan yang aku cari, kepatuhan yang ku cuba didik, kehormatan yang aku pertahan dan malumu yang aku lindung akan dapat membentuk dirimu. Aku percaya yang baik itu untuk yang baik, dan terbaik itu adalah kamu.

Sabar hati. Sabar menanti petunjuk, berapa nilai aku. Betapa kehilanganku bisa ditangisi atau dicaci atau mungkin menggembirakan hati.

Akhir kata, ambil lah bebas. Aku tak mampu lagi menghalang. Aku cuma mampu berkata aku tetap disini, sehingga aku tak diperlukan lagi. Walau telah ditegah dia yang mungkin lebih menyayangiku, aku tidak akan tunduk pada halangan dan dugaan yang hadir.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: