Skip to content

10 Hari Mencari Cinta!

January 23, 2009

Sudah lama ingin mencuba teknik penulisan ini. Garapan yang punya tema dan had masa. Mungkin dapat hasilkan sesuatu yang bisa menarik hati untuk menerima dan mencuba. Mungkin juga hasilkan tulisan yang kurang daya dan bagai sampah. Tetapi sebelum mencuba, mana mungkin kita ketahui. Selagi punya masa, biar jatuh dan luka supaya dapat belajar tentang hidup.

Tema yang ingin dibawa ialah cinta. Kebarangkalian besar kerana hati sedang dilamun cinta. Ada sedikit kerana punya pandangan suci pada cinta. Biar mungkin ada perlakuan di masa dulu yag tidak menunjukkan rasa ini, tetapi sejak mula hati percaya benar adanya cinta diri mula melihatnya sebagai….indah.

Seperti pernah ada manusia katakan yang cinta punya pelbagai cara, bentuk, rasa dan perlakuan, maka tidak molek  dihadkan tulisan hati pada hanya satu hala tuju dan bentuk. Mungkinkah dapat tunjukkan betapa luasnya utopia ini?

Had masa ialah sepuluh hari iaitu dari 24 januari 2009 sehingga 2 februari 2009. Satu hari, satu garapan lebih 50 kata. Harapan, biar ia indah dan penuh rasa. Biar ia sampai tujuan dan makna. Biar ia jadi satu kenangan indah buat kamu dan juga aku.

Ayuh! kita mulakan perjalanan 10 Hari Mencari Cinta.

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: